Thursday, December 16, 2010

Puding Karemel..sedapp

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

PIE INTI DAGING OR AYAM

Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )

  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara

  1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
  6. Img_0531
    Sejukkan inti pie.
  7. Img_0532
    CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  8. Img_0533
    Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  9. Img_0534
    Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  10. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  11. Img_0535
    Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  12. Img_0536
    Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
  13. Img_0537
    Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
  14. Img_0539
    Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.

Monday, November 8, 2010

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan :)




bru jer tgk..tu pun sbb tygn kat sekolah utk pelajar lepasan PMR~~~suka lg novelnya~~~

teh teh letih~~~

hari nie buhsan sgt2...
di sekolah td aku cuma ada 2 kelas je...wktu lain melanggut n marking paper..sgtlah buhsan!!
besok ada mkn2 skit..hehe..seperti biaslah..team meja belakang!!...dgr kabar menunya nasik..hmm..so aku decide nk bwk sambal ikan bilis ngn terubuk masin.yg aku beli kat srwk!!hmm...ntahla kalo rajin nk wa agar2..kalo xrajin bawak je lah apa yg ada...xkan nk mkn free je..kenala bwk sumting kann............:)

nk buka puasa ni xtaula nk mkn pe...sedang pikiaq n terus pikiaq tp mmg xtau la apa nk mkn nnt..hihihi:)
nk kena tggu makla balik dr kedai...kalu ada lauk best ok lah~~hehehe:)

Thursday, November 4, 2010

jam comay n trendy!!

ni jam baru ziemah..wah comay kan..sweet n trendy..harganya pon berpatutan..sale lagi nie..jenama casio..mmg sweet for gurl2 yg lasak!! i lurve it~~

Wednesday, November 3, 2010

resepi kek belang mmg simple sgt:) let`s try okey!!

Bahan-bahan

1. gula ising (1 cawan)
2.buttercup (1 ketul)
3. telur 5 biji
4.esen vanilla
5. susu pekat manis (1/2 tin)
6. tepung gandum  ( 2 1/2 cawan)
7.serbuk koko
8.pewarna hijau,merah mengikut citarasa anda

Cara-cara

1- masukan gula ising bersama dengan buttercup
2-mixxerkan bahan tersebut samapai kembang (anggaran 25-30 minit)
3- masukan telur satu persatu
4- masukan sedikit esen vanilla bersama susu pekat
5- masukan tepung gandum sedikit demi sedikit
6- mixxerkan sampai rata
7- bahagikan kepada 3 bahagian (kuning,merah,hijau atau cokelat mengikut citarasa anda)
8- susun bahagian berselang seli ala piramid...supaya belangnya kelihatan cantik dan tersusun
9-bakar selama 25-30 minit pada suhu 120 darjah celsius
10- hidangkan ketika minum petang bersama teh atau kopi..

selamat mencuba!!!

Saturday, October 30, 2010

Santa Esmeralda You're my Everything

keep fit!!!

tiap2 hari kena jogging...sit up.pumping..mcm nk patah kaki..tp apa boleh buat..haha..demi masa depan..
pas study trus je stop sukan..apa lagi bdn pun naik la..kembang mcm donut~~~hahahaha..

harap2 i will get that position~~~dh xsabau nk trainning dh nie...amin~~~klu rezeki xkemana kan...amin~~~

so skrng ni aku dh kena take care n more carefull ...hihihihi...dah xleh nk post comment yg ekstrim2 dh la pas ni...hehehe...

rasa nk buat puding lah....

PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya;
  • Tepung Kastard 1 cawan
  • Air Masak 5 cawan
  • Susu Cair (Optional) 1 tin
  • Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
  • Gula Pasir ½ cawan
  • Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya;
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
  2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
  3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
  4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
  5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
  6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
  7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
  8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
  9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.
KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)
Bahan-bahannya;
  • Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
  • Susu Cair 1 tin
  • Gula Pasir 4 sudu besar
  • Garam ½ sudu kecil
  • Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
  • Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya;
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana kecil.
  3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
  4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
  5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
  6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
  7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.